Isnin, 12 Disember 2011

Contoh-contoh ayat menggunakan kata nama am

1.  Pada waktu cuti sekolah, saya selalu pergi mandi di sungai.

2.  Nenek Amin membela ayam, itik, dan kambing di kampung.

3.  Seorang kanak-kanak sedang  bermain bola di tepi padang.

4.  Izani meletakkan buku cerita itu di atas mejanya.

5.  Kami menaiki feri untuk ke Pulau Langkawi.

Contoh-contoh ayat menggunakan kata nama khas

1.  Pada waktu pagi , kami minum secawan Nescafe panas dan semangkuk bijirin Cornflakes.


2.  Puan Aminah merupakan isteri kepada Encik Razali.


3.  Menara Berkembar Petronas adalah bangunan tertinggi di Malaysia.


4.  Sang Kancil telah menipu Pak Belang tentang tali pinggang  Nabi Sulaiman.

KATA NAMA AM

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya.

Kata nama am terbahagi beberapa jenis, iaitu :

1.  orang - emak, cikgu, saudara, nenek

2.  tempat - sungai, sekolah, negeri, padang

3.  benda  - kereta, jam, pisau, kek, telefon

4.  binatang  - lembu, ikan, burung, singa

Jumaat, 2 Disember 2011

Mari belajar tatabahasa untuk sekolah rendah

KATA NAMA

Terdapat tiga jenis kata nama iaitu 
1.  kata nama am
2.  kata nama khas
3.  kata ganti nama

KATA NAMA KHAS


Kata nama  khas ialah perkataan merujuk kepada benda atau perkara yang khusus.
Antaranya :

1. Manusia
    - Tun Mahathir Mohamad
    -  Siti Nurhaliza
    -  P.Ramlee

2.  Benda
    -  Proton Persona
    -  Nokia
    -  Nike
    -  Planet Marikh
    -  Menara Kuala Lumpur

3.  Binatang
    -  Pak Belang
    -  Sang Bedal